Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 19 Jun 2013

Bersama Mazlan Aliman!


Ceramah motivasi bersama AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman pada 21 Jun 2013 (esok) di Pejabat PAS Batu Gajah, selepas solat Maghrib. Semua dijemput hadir! Hebahkan!

Khamis, 13 Jun 2013

Bersama Bekas tahan ISA di Batu Gajah esok!


Liqa Fikri bersama Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria yang pernah ditahan ISA!


Isnin, 10 Jun 2013

Radzi Zainon 'giant killer' ghuyubkan Kak Midah!


(Radzi [kiri sekali] sangat disenangi masyarakat Tionghua)

IPOH: Biarpun sebelum ini tidak pernah dikenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Radzi Zainon tiba-tiba menjadi buah mulut masyarakat di Perak.

Kejayaan beliau menumpaskan calon ‘kontroversi’ BN iaitu Datuk Hamidah Osman di Dun Sungai Rapat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu menjadi puncanya.

Kejayaan menumbangkan Hamidah yang juga ‘wanita besi’ bagi BN di Perak memberi kekuatan kepada Radzi yang kini dianggap sebagai ‘giant killer’ di sana.

Malah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin beranggapan, kekalahan Hamidah di Dun Sungai Rapat memberi sedikit sinar kegembiraan tatkala Pakatan Rakyat gagal mengembalikan kemenangan di Perak.


Ikuti laporan penuh mengenai beliau dalam Harakah Jumaat ini)

Warisan Kak Midah kepada YB Radzi Zainon!


Dalam siri kempen  YB Radzi Zainon sebelum ini, beliau kerap menekankan kesan dan akibat pembangunan tidak lestari di sekitar Pengkala Pegoh terhadap peniaga melayu dan bumiputera.
Kesan ini bukan sekadar kesan jangka pendek yang mampu diselesaikan melalui tawaran kepada peniaga kecil membuka kiosk atau menumpang di sekitar Hypermarket yang ada, ia juga memberi kesan jangka panjang yang bakal menghambat terus kaum melayu yang bergelar peniaga sederhana dan kecil keluar daripada kawasan bisnes PengkalanPegoh.
Selain hypermarket, pusat hiburan yang dibuka berleluasan di sini juga merosakkan sosial masyarakat khususnya umat Islam.
" Kesan hypermarket dan kesan perniagaan monopoli cukup kuat dan ia telah terbukti membenamkan ribuan peniaga bumiputera seluruh negara. Malah isu ini bukan isu baru malah ia hangat diperkata oleh gerakan kepenggunaan dan hakpeniaga kecil seluruh dunia", jelas Radzi berkenaan isu ini.
Kini YB Radzi yang berjaya menyingkirkan penyandang ADUN Sungai Rapat UMNO masih belum berjaya mengubah landskap bisnes yang telah direstui oleh kerajaan BN sebelum ini kerana dua faktor, pertama ia telah berlaku dan kedua PAS ditakdirkan masih menjadipembangkang di negeri Perak. Dengan hanya memiliki kerusi DUN tanpa kuada Exco dan sebagainya adalah sukar untuk YB Radzi memulihkan kerosakan yang ada.
Apa yang mampu dilakukan oleh ADUN baru ini adalah mendidik masyarakat terutama peniaga melayu dan bumiputera Islam, betapa ancaman ekonomi tidak mapan sebegini, ancaman globalisasi dan campurtangan Amerika dalam penentuan corak atur perniagaan di negara ini adalah petaka besar yang bakal menghakis sisa 'hak' peribumi yang sebenarnya dibiarkan 'karat' oleh pemerintah BN saban tahun.

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Ucapan penghargaan Adun Sungai Rapat

Isnin, 20 Mei 2013

Takziah buat Kak Midah


oleh Orang Ni

20 Mei -- Ibu mertua Mantan YB Sungai Rapat Dato Hamidah Osman meninggal dunia hari ini,perkara ini disahkan apabila tweet dari mantan ikon tahun melawat Perak Dato Ac Mizal.
Twetter Dato' AC Mizal: Ucapan Takziah dari kami sekeluarga buat @ybmidah atas kehilangan ibu mertua,semoga roh beliau ditempakan bersama mrk yg beriman!ALFATIHAH! -- @datoacmizal
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Hamidah yang bertanding di Dun Sungai Rapat meraih undi sebanyak 16,602 tewas kepada Yang Dipertua Pas Gopeng, Radzi Zainon dengan 19,240 undi.
** Setiap yang bernyawa akan mati

Khamis, 16 Mei 2013

YB Ustaz Radzi berpuas hati dengan sokongan rakyat



Adun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon berpuas hati dengan keputusan yang dicapainya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Menurutnya, beliau telah mendapat sokongan tinggi daripada masyarakat di Dun tersebut termasuklah bukan Melayu.

Sokongan orang Melayu juga katanya bertambah berbanding pilihanraya 2008 lalu bagi memastikan kemenangan selesa beliau di Dun Sungai Rapat dengan majoriti 2638 undi.

“Keputusan PRU13 sangat baik apabila kita (Pakatan Rakyat) dapat memenangi ke semua kerusi di parlimen Gopeng dan menawan kerusi Dun Sungai Rapat yang dulunya kubu kuat BN disitu,” katanya 

Ahad, 12 Mei 2013

Puluhan ribu rakyat bangkit!




IPOH: Rakyat perlu bangkit daripada terus ditipu!, kata Ketua Umum KeAdilan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Black 505 peringkat negeri Perak yang berlangsung di Perkarangan Pejabat Parti KeAdilan Rakyat Negeri Perak, Medan Istana Ipoh, 12 Mei lalu.

Tegasnya, Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu adalah proses pilihanraya paling kotor dalam sejarah Negara ini.

Menurutnya, kekalahan bukanlah perkara baru bagi Pakatan Rakyat khususnya PAS dan DAP yang telah lama berjuang sejak merdeka lagi namun kali ini penipuan berlaku dengan amat dahsyat.

“Kami sudah biasa ditipu dalam pilihanraya namun pada kali ini (PRU13) penipuan berlaku dengan sangat dahsyat sekali dan rakyat perlu bangkit menuntuk hak pilihanraya yang adil,” katanya dihadapan ribuan hadirin.

Jelas Anwar, protes sedemikian bukan bermakna Pakatan Rakyat tidak dapat menerima kekalahan tetapi rakyat tidak sangup terus ditipu oleh BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kami bukan tidak mahu terima kekalahan tetapi rakyat tidak mahu terus tertipu, jika tidak bangkit penipuan akan terus berlaku dan mereka akan terus kekal berkuasa.

“Jika tiada penipuan, negeri ini (Perak) sudah pasti akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat,” tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Sebelum itu, pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat pusat dan negeri turut berucap sambil menunggu kehadiran Anwar.

Kira-kira 50,000 rakyat pelbagai bangsa dan kaum di seluruh negeri Perak hadir di Himpunan Blackout 505 semalam menyebabkan Bandaraya Ipoh penuh sesak.

Perak adalah destinasi ke tiga setelah berjaya mengumpul ratusan ribu rakyat di Stadium Kelana Jaya, Selangor dan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Suasana berlangsung dengan penuh  suasana cukup meriah dengan laungan ‘hidup rakyat’, ‘SPR Tipu’ dan sebagainya disamping bunyi tiupan vuvuzela.


Sabtu, 11 Mei 2013

Hari ini deme kecot telor, spendar pun cabut! Kata Kak Midah

Aku tertengok ucapan Kak Midah masa penamaan calon hari ini. Masyaallah, teruk beno ucapannya. Sangat kurang ajar dan tak sopan langsung.. Jom kita tengok...

Jumaat, 10 Mei 2013

Meraikan petugas Seri Rahmat



7 Mei 2013- Seri Rahmat


Satu majlis kesyukuran diadakan di Mks PAS Kg Seri Rahmat diatas kejayaan dlm PRU13. Ramai anak muda, muslimat dan golongan belia serta veteran PAS Seri rahmat turun padang untuk meraikan petugas. 


PAS tetap mengadakan jamuan dan kenduri walaupun berkali-kali kalah kerana kenduri berkenaan adalah tanda terima kasih serta penghargaan PAS kepada petugas masing-masing. Petugas PAS tidak pernah dibayar. Mereka dihargai jasa melalui kenduri yang bukan sahaja mengerat silaturahim sebaliknya berkesan mengasah semula semangat untuk meneruskan perjuangan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD SG RAPAT